Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak 


Jadi apakah pilihan ibubapa jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan oleh doctor?

Puan boleh melakukan perkara di bawah :
  • Pastikan anak puan mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak puan bersiar-siar atau membeli belah. 
  • Jika puan menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika puan memberikan susu formula. 
  • Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan. 
  • Jika anak puan mengalami batuk atau selsma bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg. 
  • Jika anak puan berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak puan berada di dalam bilik air bersama puan untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas. 
  • Jika anak puan sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya. 
Boleh dikatakan kebanyakan bayi yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Daya tahan dan antibody dalam tubuh bayi itu sendiri yang akan berusaha untuk mendapatkan penyembuhan secardra semulajadi, dengan izin ALLAH.

Berikan bayi puan masa dan peluang untuk dia membina antibody dalam badan mereka dalam usaha penyembuhan. Insya ALLAH walaupun anak puan mengalami batuk dan slsema, beliau masih sihat dan tidak perlukan apa-apa ubat terutama jika anak puan berusia setahun ke atas.

Cuma ada beberapa keadaan di mana ibubapa, terutama yang mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah untuk segera membawa anak yang demam, batuk dan selsema ke klinik.
  • Batuk dan selsema yang tidak sembuh selepas lima hari. 
  • Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas. 
  • Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun. 
  • Selsema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning. 
Jadi berhati-hatilah dengan ubat yang dibeli dan pada masa yang sama dapatkan nasihat doktor jika tidak pasti dengan keadaan anak puan.

Wallahu a’lam

Kredit/Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Petua Merawat Bahagian Badan Terseliuh/Tergeliat

Petua Merawat Bahagian Badan Terseliuh/Tergeliat


Terseliuh dan tergeliat adalah kecederaan pada ligamen dan tendon sendi. Terseliuh melibatkan peregangan atau koyakan pada ligamen manakala tergeliat pula melibatkan peregangan atau koyakan berlebihan pada otot atau tendon. Kedua-dua keadaan menyebabkan kesakitan dan pembengkakan.

Seseorang individu boleh mengalami terseliuh dan tergeliat otot apabila jatuh, terkilas tangan atau kaki, bermain sukan atau melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan.

Petua untuk merawat bahagian terseliuh ini hanyalah dengan menggunakan air masak (jangan terlalu panas dan jangan terlalu sejuk). Rendam bahagian yang terseliuh itu dengan air masak tadi selama beberapa minit sehingga anda berasa selesa. Ulang beberapa kali sehingga anda sudah tidak berasa sakit.

Petua ini diperolehi daripada seorang tukang urut yang berpengalaman. 

Selamat mencuba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...