Doa Ketika Merasa Sakit Di Bahagian Tubuh

Doa Ketika Merasa Sakit Di Bahagian Tubuh
Gambar Hiasan

DOA KETIKA MERASA SAKIT DI BAHAGIAN TUBUH

Rasulullah Shallallahu'alaihi wa Sallam bersabda : "Letakkan tanganmu pada bagian tubuh yang terasa sakit, lalu ucapkan doa berikut ini, (Diawali dengan Bismillaah tiga kali, lalu baca doa di bawah ini sebanyak 7x)


أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ. 

"Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan sesuatu yang aku jumpai dan yang aku takuti" 

(HR. Muslim 4/1728)

Hilangkan Migrain Dalam 3 Minit

Hilangkan Migrain Dalam 3 Minit
Gambar Hiasan : Lemon

Hilangkan Migrain Dalam 3 Minit

Hanya mereka yang pernah mengalami migrain yang mengetahui kesakitan sebenar apabila diserang migrain. Amat sukar untuk melawan kesakitan ini kerana semua benda tidak jadi, walaupun cuma untuk melakukan tugas paling mudah.

Dan lebih teruk lagi jika kita mula mengambil ubat penahan sakit dengan kerap setiap kali migrain. Ini bukanlah satu perkara yang baik. Dikatakan selepas beberapa ketika, badan kita tidak lagi bertindakbalas dengan ubat penahan sakit. Ubat tahan sakit tidak akan membantu lagi.

Untuk alternatif yang selamat dan berkesan, apa kata cuba tips dan petua berikut:

Bahan-bahan: 

Sedikit kulit lemon 
Jus perahan lemon 
Garam Himalaya 

Garam adalah baik untuk kesihatan anda kerana ia meningkatkan kadar serotonin yang khasiatnya dapat membuat sistem imun anda kuat.

Cara-cara: 

Campurkan jus dua lemon dengan beberapa kulit lemon dalam mangkuk. Masukkan bersama-sama dengan kira-kira dua sudu besar garam Himalaya. Campur dalam segelas air. Cuba untuk minum semuanya dengan sekali teguk kerana rasanya yang tidak berapa sedap. 

Dalam masa hanya beberapa minit selepas mengambil minuman ini, anda akan mendapati migrain anda hilang.

Kami tidak janji petua ini menjadi, cuma tidak salah mencuba bukan? Kalau ada yang sudah mencuba dan menjadi, sila beritahu kami juga!

*Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, ambil garam dalam kuantiti yang berpatutan


Sumber: www.healthylifeland.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...