Atasi Masalah Gatal Celah Kelangkang

asam keping
Gambar: Asam Keping

Petua merawat gatal celah kelangkang

Berikut beberapa cara mencegah serta merawat gatal celah kelangkang yang boleh anda cuba. Antaranya;

1. Manfaatkan ubat tradisional seperti asam keping, asam kandis untuk mengatasi masalah pertumbuhan kulat tersebut. Anda juga cuba membasuh bahagian tersebut dengan air sirih atau air garam. Basuhlah pada setiap hari sehingga rasa gatal tersebut hilang. Cara lain, anda boleh juga mengatasinya dengan menggosokkan daun sirih pada permukaan kulit yang gatal itu.

2. Jaga kebersihan diri sangat penting. Mandi dengan menggunakan sabun antiseptik secara teratur boleh memerangi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.

3. Jangan menggunakan celana ketat atau sempit, kerana hanya membuat kulit pada lipatan paha anda panas dan mengeluarkan banyak peluh.

4. Bertukar pakaian luar serta pakaian dalam selepas mandi juga boleh mengurangi risiko munculnya kulat ataupun penyebab gatal yang lain. Segera bertukar pakaian dalam jika terasa gatal, perit, pedih atau lembab bagi mencegah tumbuhnya kulat dan bakteria penyebab gatal celah kelangkang.

5. Gunakan pakaian dalam yang mudah menyerap peluh agar kulit pada pangkal paha tidak lembab.

6. Menjaga nutrisi makanan untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh agar mampu melawan segala mikroorganisme yang boleh merosakkan kesihatan kulit. Cuba berpantang atau hindari segala makanan yang boleh menimbulkan rasa gatal celah kelangkang tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...