Petua Menghalau Lipas Di Rumah

Petua Halau Lipas

Lipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang mengemarinya. Jom ketahui petua halau lipas dari rumah anda.

Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.

Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.

Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.

Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!

  • Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
  • Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
  • Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
  • Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
  • Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
  • Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Mencerahkan Kulit Muka

Petua Cerahkan Kulit Muka

Lambakan produk pencerahan kulit begitu banyak di pasaran. Anda juga dijanjikan dengan pencerahan kulit yang segera dan ketara. Tetapi terfikirkah anda tentang keselamatan produk itu terhadap kesihatan anda? Hanya mengamalkan petua lama, anda tidak perlu ragu-ragu dengan proses pembuatan mahupun keselamatan bahan digunakan. Ikuti kaedah mudah untuk cerah dengan bahan-bahan alami ini seperti berikut:

Petua yang pertama, anda boleh parut seketul ubi kayu dan tepekkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Perlu diamalkan setiap malam.

Manakala petua yang kedua, anda boleh menggunakan campuran bahan seperti lobak, kuning telur dan limau. Caranya pula, campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air tanpa sebarang pembersih muka.

Atau dengan kaedah lainnya yang juga berkesan dan lebih mudah adalah dengan mencampurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Tips Rangsang Bayi Bercakap

Bayi kecil yang dulu hanya boleh menangis dan merengek sahaja sebagai cara berkomunikasi lama kelamaan akan menunjukkan perkembangan bercakap pula. Mendengar si kecil mula belajar bercakap memang sangat menggembirakan.
Kedengaran lucu pula apabila bayi anda mengeluarkan butir bicara yang langsung tidak fahami tetapi ia amat membahagiakan.  Sebenarnya jika bayi anda sudah mula menunjukkan minat bercakap dengan caranya sendiri, anda perlu membantu merangsangnya agar lebih mempercepatkan kemahiran pertuturannya.

Tip berikut boleh digunakan sebagai usaha merangsang bayi bertutur.
  1. Interaksi sosial
Mendedahkan bayi kepada teman-teman sebayanya membantu usaha bayi berinteraksi sosial. Ia sebagai cara pertama si kecil memulakan kemahiran interaksi sosialnya.

  1. Rajin berbual
Ibu bapa yang rajin bercakap dengan bayinya sejak lahir lagi akan mempunyai anak yang cepat bercakap. Percayalah biarpun ketika masih bayi, dia tidak faham apa yang anda cakapkan tetapi bayi menyimpan dalam kotak memori apa yang diucapkan kepadanya.

  1. Beritahu nama semua objek
Langkah memberitahu bayi apa nama objek di sekelilingnya membantu dia untuk belajar bercakap. Selain itu, ia juga boleh membantu mereka mengembangkan daya ingatan dengan mengingatkan nama semua objek tersebut.

  1. Bercerita sebelum tidur
Bercerita atau membacakan buku cerita kepada bayi anda sebelum tidur juga membantu mengembangkan kemampuan komunikasi mereka. Mungkin pada peringkat awal mereka hanya mendengar sahaja tanpa sebarang reaksi tetapi usaha berterusan yang dilakukan pasti memberikan kesan positif yang di luar jangkaan.

  1. Bentuk ritma yang sama
Tahukah anda dengan sering menyanyikan lagu atau menyebut perkataan dengan ritma yang sama membantu anak mudah mengingat serta mengembangkan kemahiran pertuturannya.

  1. Mengulang
Meminta bayi mengulang kembali perkataan yang anda sebutkan juga membantu mempercepatkan proses pertuturan m ereka. Apa sahaja perkataan asas yang diucapkan setiap masa pasti akan diingati oleh bayi dan mereka boleh menuturkan kembali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...