Petua Masuk Rumah Baru


Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

Kelebihan Buah Syurga - Delima


Buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. 


Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Rasulullah SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". 

Perincian tentang khasiat Buah Delima adalah seperti berikut:

Kelebihan Jus Delima Asli (Pomepure 100% Pure Press Natural)

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, lemah tenaga batin, melambatkan penuaan, kanser prostat, kanser payudara, kanser usus dan leukemia.

Delima Mengurangkan Berat Badan

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan. Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan meningkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.

Delima Memberi dan Merangsang Tenaga Batin

Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima,” kata penyelidik.

Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama tiga bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung

Meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga mengandungi ‘ptassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. Jus delima dapat membantu untuk menda­patkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan ketidak­cukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.

Delima Melawan Kanser Payudara

Kajian Penyelidik mendapati jus delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara, kanser kulit dan kanser prostat serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

Delima Melawan Penyakit Jantung

Jus delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi; flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada penghidap asma dan lelah.

Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolesterol

Jus delima akan membantu mening­katkan tahap kolesterol yang baik di samping menurunkan kolesterol yang buruk. Tahap kolesterol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah

Jus delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengu­rangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.


Lain-lain kegunaan Delima:

Delima yang kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung.

Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut. Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri.

Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang diambil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik. Amalan makan buah delima merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat banyak penyakit.

Selain daripada itu bunganya yang berwarna merah terang itu merupakan sumber untuk pewarna semulajadi. Buah delima boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.

Selain daripada itu ia banyak digunakan dalam masakan seperti dijadikan sup. Boleh digunakan sebagai pengganti tomato di dalam masakan terutamanya bagi masyarakat timur tengah.

Biji yang diasingkan dari isinya dan kemudiannya dikeringkan dijadikan bahan untuk menambahkan rasa masam pada chutni dan kari. Di turki sos delima jadikan sos untuk salad dan juga untuk memerap daging sebelum dimasak.


Tips: MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.



2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumahyang   tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Selamat beramal.

Tips: Kelebihan Minum Air Kosong Ketika Perut Kosong


TAHUKAH ANDA KELEBiHAN MINUM AIR KOSONG KETiKA PERUT KOSONG??


Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:



Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.


KAEDAH-KAEDAHNYA
  1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air.
  2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam.
  5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
  6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai di atas dan di samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.
Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:
  1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
  2. Gastrik (10 hari)
  3. Diabetes (30 hari)
  4. Sembelit (10 hari)
  5. Kanser (180 hari)
  6. TB (90 hari)
  7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskan kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang-orang Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum ...
Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.
Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Selamat mencuba.

♥ Petua Merawat Jantung Tersumbat ♥


RAMUAN UNTUK MEMBUKA URAT JANTUNG YANG TERSUMBAT. 


PETUA YANG SUDAH TERBUKTI BERKESAN UNTUK JANTUNG ANDA....... BUAT SENDIRI KAT RUMAH....!!!

TIDAK KEPADA ANGIOGRAPHY, ANGIOPLASTY ATAU BYPASS!
Terapi Alamiah untuk membuka urat jantung yang tersumbat

Jus Lemon 01 cawan 
Jus Halia 01 cawan 
Jus Bawang Putih 01 cawan
Cuka Epal 01 cawan

Kacau semua ramuan di atas dan masak dgn api yang perlahan selama lebih kurang 30 minit atau sehingga tinggal 2/3. Biarkan sejuk. Setelah sejuk campur 3 cawan madu asli (bukan yang dicampur dgn bahan2 lain spt Habbatus Sauda') dan simpan dalam botol kaca. Masa memasaknya pun kena guna bekas kaca.

Minum setiap pagi sebelum sarapan satu sudu makan secara istiqamah. InsyaAllah semua urat yang menyumbat pada urat jantung anda akan terbuka.

SELEPAS MINUM, LETAKKAN TANGAN KANAN ANDA KE DADA SAMBIL MEMBACA 'ALLAAHUMMA SOLLI 'ALAA QALBI SAIDINA MUHAMMAD' 10x

Amalkanlah... akan menjimatkan wang anda daripada pembedahan. Selamat mencuba.

♥ Petua Merawat Jantung Tersumbat ♥


RAMUAN UNTUK MEMBUKA URAT JANTUNG YANG TERSUMBAT. 


PETUA YANG SUDAH TERBUKTI BERKESAN UNTUK JANTUNG ANDA....... BUAT SENDIRI KAT RUMAH....!!!

TIDAK KEPADA ANGIOGRAPHY, ANGIOPLASTY ATAU BYPASS!
Terapi Alamiah untuk membuka urat jantung yang tersumbat

Jus Lemon 01 cawan 
Jus Halia 01 cawan 
Jus Bawang Putih 01 cawan
Cuka Epal 01 cawan

Kacau semua ramuan di atas dan masak dgn api yang perlahan selama lebih kurang 30 minit atau sehingga tinggal 2/3. Biarkan sejuk. Setelah sejuk campur 3 cawan madu asli (bukan yang dicampur dgn bahan2 lain spt Habbatus Sauda') dan simpan dalam botol kaca. Masa memasaknya pun kena guna bekas kaca.

Minum setiap pagi sebelum sarapan satu sudu makan secara istiqamah. InsyaAllah semua urat yang menyumbat pada urat jantung anda akan terbuka.

SELEPAS MINUM, LETAKKAN TANGAN KANAN ANDA KE DADA SAMBIL MEMBACA 'ALLAAHUMMA SOLLI 'ALAA QALBI SAIDINA MUHAMMAD' 10x

Amalkanlah... akan menjimatkan wang anda daripada pembedahan. Selamat mencuba.

ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR


♥ ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR ♥



Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.

♥ Beri salam kepada anak yang sedang tidur

♥ Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

♥ Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

♥ Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

♥ Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

♥ Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

♥ Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

♥ InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR



BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

" INNA A'TTOINA KALKAUTSAR 
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR "


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di mekah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.


Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini. Antaranya ialah:-


♥ baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T memakbulkan doa kita.


♥ jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, Insya-Allah hilang dahaga


♥ jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata


♥ jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu


♥ jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah


♥ jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat


♥ jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Semoga ianya memberi manfaat pada kita semua. Selamat mencuba.


Petua Mengelak Lemak Tepu dalam Badan



Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain.

Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang. 

1. Kurangkan makan daging merah. 

Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.

2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. 

Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.

3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari. 

Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda. 

4. Elakkan makanan beku. 

Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi. 

5. Panggang daging yang anda ingin makan. 

Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula. 

6. Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda. 

Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik. 

7. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. 

Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh. 

Nota: Jangan sekali-kali membuang semua lemak dari pemakanan harian anda. Otak dan beberapa organ di dalam badan anda memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.

Kredit : IluvIslam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...