Petua Pagar Rumah

Dari Ibn Mas'ud dari Rasullullah SAW bersabda; Sesiapa membaca sepuluh ayat;

  • empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)

  • dan Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257)

  • dan penutup surah Al Baqarah (284-286)

  • nescaya Syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi .

    Jika ingin memagar rumah: baca sekali selepas solat subuh dan sekali selepas solat maghrib. Jika ada 2, 3 atau 1000000 rumah sekalipun maka niatkan sekali untuk rumah-rumah tersebut, berharaplah dan jangan putus harap pada AlLah yang Maha Memiliki apa yang di langit dan di bumi.

    Selamat beramal.

    Petua Mengecutkan Rahim

    Gambar: Buah Manjakani

    Petuanya ialah dengan mengambil sebiji atau 2 biji manjakani, kemudian rendam di dalam air panas selama beberapa minit. Setelah manjakani itu agak lembut, maka tumbuk halus-halus dan gentel sebesar biji kacang kemudian di telan. Amalkan pagi dan petang ataupun pada malam hari. Insya-Allah dengan izin Allah ianya pasti berkesan. Selamat mencuba.

    Mengubat Migrain dari Al Ustaz Dr. Haron Din

    Gambar: Pokok Misai Kucing

    Caranya ialah dengan mengambil daun misai kucing (orthosiphon stamineus). Kemudian dimasukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Di minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.

    Doa :

    1. Al-Fatihah

    2. Selawat Syifa'

    "Allahumma sholli 'alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa'aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa 'alaa aalihi wassohbihi wabarik salam"

    Maksud : "Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya"

    3. "La yu shod da'una 'anha walaa yunzifun"

    Maksud : "Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk"

    *Pesakit perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur.

    *Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dgn tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.

    Selamat mencuba.

    Petua Mencantikkan Pusat Bayi

    Bayi yang sudah tercabut pusatnya perlu dijaga supaya pusatnya tidak tersembul atau menjojol. Petua ini berkesan untuk mencantikkan pusat bayi dan menghindarkan perut bayi daripada kembung.
    Caranya ialah dengan mengambil seulas bawang putih kemudian ditumbuk pecah-pecah, satu sudu teh jintan putih, sedikit abu dapur kayu. Bungkus semua dengan kain, ikat kemas-kemas. Kemudian salai atas bara atau batu yang telah dipanaskan. Apabila telah suam kuku, tekan perlahan-lahan dikeliling pusat dan perut bayi. Insya-Allah bayi akan lebih aman dan selesa. Selamat mencuba.

    Petua Elak Bayi Kembung

    Untuk mengatasi masalah kembung perut bayi adalah dengan mengambil jintan manis, kemudian bunjutkan jintan manis tersebut. Panaskan diatas api nyalaan lilin yang berwarna biru. Jangan terlalu panas kemudian tuamkan ke atas perut dibawah pusat bayi Insya-Allah kembung perut bayi akan sembuh. Selamat mencuba.

    Memiliki Payu Dara Cantik dan Sihat

    Mencantikkan Payu Dara

  • Panaskan dua sudu minyak sapi dengan menggunakan api yang kecil dan kemudian sejukkannya. Setelah itu, sapukan pada sekeliling payu dara dengan urutan secara perlahan-lahan selama 15 minit. Kemudian lap sehingga bersih menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air suam.
  • Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekeliling payu dara dan jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

    Menegangkan Payu Dara
    Bagi ibu-ibu yang menyusu anak,mereka merasa bimbang dan takut payudara akan menjadi kendur. Terdapat cara untuk mengatasi masalah itu dengan mengamalkan petua ini.
    Mula-mula, sapukan minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.Kemudian daun sirih tersebut di layak atas api kecil. Apabila sudah layu, ramas daun sirih sehingga lumat dan sapukan pada sekeliling payu dara. Jangan terkena pada bahagian puting. Lakukan sehingga 3 hari berturut-turut. Insyaallah payu dara anda akan kembali tegang.

    Payu Dara Membengkak
    Bersihkan daun kacang panjang dan daun sirih. Kemudian ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada payu dara. Lakukan secara berulang-ulang kali sehingga kering. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih.
  • Memiliki Payu Dara Cantik dan Sihat

  • Kulit Muka Lembut dan Cerah

    Memiliki kulit muka yang lembut dan cerah adalah merupakan idaman bagi setiap wanita. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri serta menyerlahkan kecantikkan diri. Terdapat beberapa petua yang dapat di amalkan untuk memiliki kulit muka yang cantik dan cerah. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.

    1. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

    2. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.

    3. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.

    4. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.

    5. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.

    6. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

    Kulit Muka Lembut dan Cerah

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...