Home » , , , , , , » Petua halau nyamuk secara semulajadi (tanpa racun serangga)

Petua halau nyamuk secara semulajadi (tanpa racun serangga)

 
Gambar: Bunga Tahi Ayam (Lantana Camara)
 
DARIPADA 2,800 spesies nyamuk di dunia, nyamuk tiruk dan aedes antara yang berbahaya kerana membawa demam denggi dan malaria. Mereka yang membina kolam buatan wajib bersedia dengan langkah pencegahan supaya kediaman tidak menjadi sarang nyamuk. Antara petua yang perlu anda ikuti untuk menghalau nyamuk secara semulajadi ialah:

1. Menggunakan BawangIanya mujarab menghalau nyamuk. Digunakan sebagai kandungan penyembur kimia dan serbuk menyah nyamuk. Tanam pokok bawang di pinggir kolam supaya nyamuk tidak mendekati kawasan berkenaan.

2. Daun pudina
Pati minyak yang terkandung dalam daun pudina menimbulkan bau yang dibenci nyamuk.

3. Minyak citronella
Jika berhajat menganjurkan majlis keramaian di kawasan kolam tetapi takut tetamu menjadi mangsa gigitan nyamuk, anda boleh mengelakkannya dengan menempatkan lilin aroma citronella di situ. Anda boleh juga mencipta haruman penghalau nyamuk dengan mencampurkan beberapa titis minyak citronella bersama minyak zaitun. Sapu minyak berkenaan di nadi pergelangan tangan.

4. Bunga tahi ayam
Selain warna kelopak kuning dan jingga menceriakan taman tetapi baunya yang keras dan tajam itu menyelamatkan anda dari nyamuk kerana serangga ini memang membenci baunya.
 

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...