Rawat bengkak, terseliuh, salah urat dengan Daun Tembaga Suasa

Gambar: Pokok Tembaga Suasa

Bengkak, terseliuh atau salah urat bukanlah suatu perkara yang agak janggal bagi seseorang yang sukakan aktiviti lasak ataupun bersukan. Kalau tidak di bahagian kaki, pasti tangan kita yang menjadi mangsanya. Kita akan mengerang kesakitan ketika itu juga. Untuk merawat kesakitan tersebut marilah kita cuba petua ini.

Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun tembaga suasa. Daun itu ditumbuk sehingga lumat dan ditampalkan kepada bahagian yang sakit tersebut. Selepas itu dibalutkan.
Pembalutnya adalah lebih baik dengan menggunakan daun tembaga suasa itu sendiri. Tapi untuk mengelakkan daunnya cepat putus, layurkannya terlebih dahulu dengan api.
Bagaimanapun ada juga yang sekadar menggunakan daunnya untuk merawat tempat bengkak.
Caranya ialah disapukan dengan minyak kelapa sebelum disalaikan dengan api. Bila daun tembaga suasa itu kelihatan berminyak, barulah dibalut pada tempat yang bengkak, terseliuh ataupun salah urat tersebut. Sebaik-baiknya balutlah tempat yang terseliuh atau bengkak tadi sehingga hilang rasa sakit ataupun bengkak. Selamat mencuba.

Petua Sekiranya Terlekat/ tercekik Tulang Ikan

Caranya ialah dengan mencelupkan jari anda ke dalam madu lebah. Dengan berselawat sebanyak tiga kali, masukkan jari anda ke dalam mulut dan hisap jari itu perlahan-lahan. InsyaAllah tulang yang terlekat akan keluar dengan mudah. Selamat mencuba.

Petua Mengubati Tekanan Darah Rendah (Hypotension)

Bayam merah sangat bagus untuk mengubati penyakit tekanan darah rendah. Didihkan 2 liter air bersama bawang merah dan ikan bilis untuk lebih rasa. Masukkan bayam merah secukupnya. Rebus sehingga bayam masak. Makan sup ini bersama daun bayam tersebut selama 3 hari. Selamat mencuba.

PETUA TENANGKAN HATI OLEH DR FADZILLAH KAMSAH

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah, jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100x sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati, ianya juga dapat menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-Allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Petua Buang Batu Karang

Petua 1:
5 hari yang pertama, minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau pun boleh gak). Jus epal ni melembutkan batu karang.

Hari ke enam pulak , jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom (magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate buka bukaan pundi kencing. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini akan bertindak menjadi pelincir.

Esok paginya, jangan terkejut kalau nampak batu hijau kat najis...biasanya terapung!...dan boleh dikira :). Jika tak de batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.

Petua 2:
Kisar sebiji buah temikai bersama sedikit gula batu (untuk sedapkan). Minum setiap hari.

Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...