Petua Merawat Bahagian Badan Terseliuh/Tergeliat

Petua Merawat Bahagian Badan Terseliuh/Tergeliat


Terseliuh dan tergeliat adalah kecederaan pada ligamen dan tendon sendi. Terseliuh melibatkan peregangan atau koyakan pada ligamen manakala tergeliat pula melibatkan peregangan atau koyakan berlebihan pada otot atau tendon. Kedua-dua keadaan menyebabkan kesakitan dan pembengkakan.

Seseorang individu boleh mengalami terseliuh dan tergeliat otot apabila jatuh, terkilas tangan atau kaki, bermain sukan atau melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan.

Petua untuk merawat bahagian terseliuh ini hanyalah dengan menggunakan air masak (jangan terlalu panas dan jangan terlalu sejuk). Rendam bahagian yang terseliuh itu dengan air masak tadi selama beberapa minit sehingga anda berasa selesa. Ulang beberapa kali sehingga anda sudah tidak berasa sakit.

Petua ini diperolehi daripada seorang tukang urut yang berpengalaman. 

Selamat mencuba.


Petua rawat demam dengan telur rebus

Petua rawat demam dengan telur rebus
Petua rawat demam dengan telur rebus

Petua rawat demam dengan telur ayam

Kalau anak demam, hati ibu ayah mana yang tidak susah hati. Kasihan melihat si kecil merengek dan tidak aktif seperti biasa. Badan panas, hingus meleleh dan tekak sakit sebab batuk.

Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, ibu tentu biasa membuat rawatan sendiri di rumah dengan menggunakan cara tradisional atau semula jadi.

Ada macam-macam petua dan kaedah rawatan semula jadi menurunkan suhu badan anak yang panas semasa demam telah dikongsikan sebelum ini dan salah satu cara rawatan yang mendapat perhatian adalah menggunakan telur rebus.

Eh! Telur rebus pun boleh kurangkan panas badan anak yang demam. Biar betul? Caranya mudah sahaja. Tak salah mencuba selagi ia tidak memudaratkan. Rawatan ini juga sesuai untuk orang dewasa.

1. Basuh telur dengan bersih dan rebus hingga masak sepenuhnya.

2. Kupas kulit telur dengan sebaiknya dan jangan sampai pecah.

3. Balut telur menggunakan napkin atau tuala bersih. Ketebalan kain untuk membalut berdasarkan suhu telur.

4. Golek-golekkan telur di seluruh badan anak yang demam terutama di kawasan yang panas. Golek selembut mungkin bagi mengelakkan telur pecah. Berbual dengan anak untuk memastikan dia boleh duduk diam sambil berdoa dalam hati supaya diberikan kesembuhan segera kepada anak.

5. Apabila telur sudah suam, boleh keluarkan daripada kain lapik. Anda akan nampak telur sudah mula menggerutu. Abaikan keadaan telur dan teruskan menggolek sampai telur sejuk (lebih kurang setengah jam proses menggolek telur).

6. Ketepikan telur dan biarkan telur dalam masa 10 hingga 15 minit. Kemudian pecahkan telur putih dengan berhati-hati. Anda akan nampak kuning telur menggerutu.

7. Sekiranya panas badan anak belum reda, boleh ulang lagi langkah-langkah di atas. Untuk kesan yang elok, telur itu makan lama makin kurang gerutunya. Anda boleh buat tiga kali rawatan dalam sehari.

InshaAllah dengan izin Allah SWT, selepas rawatan ini suhu badan anak akan normal kembali. Pastikan anda beri anak banyak minum air masak dan kerap mandikan dia.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Kredit: fb kelab pakar hamil

Hilangkan perut buncit seawal seminggu

hilangkan perut buncit seawal seminggu
Gambar Hiasan

Hilangkan perut buncit seawal seminggu

**Dapat petua dari orang cina semalam.

Ya, kali ini anda boleh cuba petua 'ajaib' dan mudah ini, cukup berkesan hilangkan perut buncit seawal seminggu dan boleh mengurangkan selera makan anda...

Bahan2 : -

1. Sebiji Lemon
2. Halia dalam dua atau 3 inci
3. Air 1.5 liter

Seeloknya di buat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.

cara penyediaan :

- Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yg dah dipotong dan halia yg telah di tumbuk ke dalam periuk tersebut.

-Biarkan didih selama 5 minit. Jgn lupa kacau.

-Selepas 5 minit didih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.

-Padamkan api, dan tutup habis periuk tersebut. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.

Cara minum :

Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh di habiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh di bawa ke pejabat. Minum sedikit2.. dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.

Kredit: FB Ibrahim Yop

Pencuri Tidak Boleh Keluar Rumah, Dia Nampak Laut Dia Nampak Air

Pencuri Tidak Boleh Keluar Rumah, Dia Nampak Laut Dia Nampak Air
Gambar Hiasan

Pencuri Tidak Boleh Keluar Rumah, Dia Nampak Laut Dia Nampak Air


“Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut… , dia nampak air…

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur… atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah… atau dalam bilik mandi…”

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1 Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)

2 Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)

3 Baca Ayatul Qursi ~ (1x)

4 Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud :: “Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

5 Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH” ~ “LA HAULAWALA KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM”

Tapi kita sebagai orang islam walaupun perlu tegas dengan penyamun kita perlu ada sifat bertimbang rasa atau kasihan.. lepas baca tu jangan lupa tinggalkan pelampung di setiap sudut rumah agar penyamun tu tak lemas dilautan.. jangan diletak jetski pulak nanti dia meronda dalam rumah tu nanti

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.

Amin.

Kredit: Ahmad Albab
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...