Petua rawat demam dengan telur rebus

Petua rawat demam dengan telur rebus
Petua rawat demam dengan telur rebus

Petua rawat demam dengan telur ayam

Kalau anak demam, hati ibu ayah mana yang tidak susah hati. Kasihan melihat si kecil merengek dan tidak aktif seperti biasa. Badan panas, hingus meleleh dan tekak sakit sebab batuk.

Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, ibu tentu biasa membuat rawatan sendiri di rumah dengan menggunakan cara tradisional atau semula jadi.

Ada macam-macam petua dan kaedah rawatan semula jadi menurunkan suhu badan anak yang panas semasa demam telah dikongsikan sebelum ini dan salah satu cara rawatan yang mendapat perhatian adalah menggunakan telur rebus.

Eh! Telur rebus pun boleh kurangkan panas badan anak yang demam. Biar betul? Caranya mudah sahaja. Tak salah mencuba selagi ia tidak memudaratkan. Rawatan ini juga sesuai untuk orang dewasa.

1. Basuh telur dengan bersih dan rebus hingga masak sepenuhnya.

2. Kupas kulit telur dengan sebaiknya dan jangan sampai pecah.

3. Balut telur menggunakan napkin atau tuala bersih. Ketebalan kain untuk membalut berdasarkan suhu telur.

4. Golek-golekkan telur di seluruh badan anak yang demam terutama di kawasan yang panas. Golek selembut mungkin bagi mengelakkan telur pecah. Berbual dengan anak untuk memastikan dia boleh duduk diam sambil berdoa dalam hati supaya diberikan kesembuhan segera kepada anak.

5. Apabila telur sudah suam, boleh keluarkan daripada kain lapik. Anda akan nampak telur sudah mula menggerutu. Abaikan keadaan telur dan teruskan menggolek sampai telur sejuk (lebih kurang setengah jam proses menggolek telur).

6. Ketepikan telur dan biarkan telur dalam masa 10 hingga 15 minit. Kemudian pecahkan telur putih dengan berhati-hati. Anda akan nampak kuning telur menggerutu.

7. Sekiranya panas badan anak belum reda, boleh ulang lagi langkah-langkah di atas. Untuk kesan yang elok, telur itu makan lama makin kurang gerutunya. Anda boleh buat tiga kali rawatan dalam sehari.

InshaAllah dengan izin Allah SWT, selepas rawatan ini suhu badan anak akan normal kembali. Pastikan anda beri anak banyak minum air masak dan kerap mandikan dia.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Kredit: fb kelab pakar hamil

Hilangkan perut buncit seawal seminggu

hilangkan perut buncit seawal seminggu
Gambar Hiasan

Hilangkan perut buncit seawal seminggu

**Dapat petua dari orang cina semalam.

Ya, kali ini anda boleh cuba petua 'ajaib' dan mudah ini, cukup berkesan hilangkan perut buncit seawal seminggu dan boleh mengurangkan selera makan anda...

Bahan2 : -

1. Sebiji Lemon
2. Halia dalam dua atau 3 inci
3. Air 1.5 liter

Seeloknya di buat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.

cara penyediaan :

- Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yg dah dipotong dan halia yg telah di tumbuk ke dalam periuk tersebut.

-Biarkan didih selama 5 minit. Jgn lupa kacau.

-Selepas 5 minit didih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.

-Padamkan api, dan tutup habis periuk tersebut. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.

Cara minum :

Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh di habiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh di bawa ke pejabat. Minum sedikit2.. dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.

Kredit: FB Ibrahim Yop

Pencuri Tidak Boleh Keluar Rumah, Dia Nampak Laut Dia Nampak Air

Pencuri Tidak Boleh Keluar Rumah, Dia Nampak Laut Dia Nampak Air
Gambar Hiasan

Pencuri Tidak Boleh Keluar Rumah, Dia Nampak Laut Dia Nampak Air


“Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut… , dia nampak air…

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur… atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah… atau dalam bilik mandi…”

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1 Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)

2 Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)

3 Baca Ayatul Qursi ~ (1x)

4 Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud :: “Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

5 Lafazkan “BISMILLAHITAWAKKALTUA’LALLAH” ~ “LA HAULAWALA KHUWATA I’LLA BILLAH ‘ILL ‘ALIYIL ‘AZIIIM”

Tapi kita sebagai orang islam walaupun perlu tegas dengan penyamun kita perlu ada sifat bertimbang rasa atau kasihan.. lepas baca tu jangan lupa tinggalkan pelampung di setiap sudut rumah agar penyamun tu tak lemas dilautan.. jangan diletak jetski pulak nanti dia meronda dalam rumah tu nanti

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.

Amin.

Kredit: Ahmad Albab

Penawar Batu Karang cara Tradisional

Penawar Batu Karang cara Tradisional
Epal Hijau sering digunakan utk rawatan batu karang. Wallahualam. 

Penawar Batu Karang cara Tradisional

Petua 1


Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira

satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.


Petua 2

Bagi pengidap batu karang, kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau

Try Cari Sulur Nenas campur ngan gula batu, minum hari hari...sampai dah tak

ada batu karang tersebut....

Petua 3

minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2kali. Jangan diamalkan hari-hari sebab air
1 / 2 lobak putih adalah tajam.

Petua 4

5 hari yang pertama, minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau
pun boleh gak). Jus epal ni melembutkan batu karang.

Hari ke enam pulak , jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom (magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate

buka bukaan pundi kencing. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau
minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini
akan bertindak menjadi pelincir.

Esok paginya, jangan terkejut kalau nampak batu hijau kat najis...biasanya terapung!...dan
boleh dikira :). Jika tak de batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.

Petua 4

Kisar sebiji buah tembikai bersama sedikit gula batu (untuk sedapkan). Minum setiap hari.
1 biji tembikai kena habiskan dlm masa 24 jam selama 3 hari berturut2 (sama ada makan atau jadikan jus tanpa campur air).

Kredit: Mummy zahra

6 Petua Merawat Sakit Gout

Petua sakit gout
Gambar: Petua merawat gout secara tradisional

Petua sakit gout

1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.

2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

4) betik muda dan green tea. Apa yang perlu dilakukan ialah betik muda itu di potong 2 menjadi seperti gelas. Isi di dalam betik itu di keluarkan. Kemudian ambik green tea dan rendamkan di dalam betik tersebut sehingga kembang.

Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian betik dan yang sebahagian lagi di gunakan sebagai penutup.Amalkan meminum air green tea tersebut sekerap mungkin sehingga khasiat teh tersebut hilang dan sakit semakin kurang. Sentiasa menukar teh tersebut apabila hilang warnanya. Green tea boleh di dapati di kedai herba.

5) mengambil sekitar 20 biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat ceri yang fresh anda bolehlah mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang telah dibekukan.

Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan kesan yang hampir sama namun perlu diambil pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.

6) mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang baik untuk kesakitan sendi. Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver).

Selain dari petua hilangkan sakit gout di atas, pesakit gout boleh juga mendapatkan rawatan gout tradisional atau cara rawat gout yang telah tersedia dipasaran dalam bentuk produk gout untuk mempercepatkan lagi proses rawat gout.

Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...