Petua Merawat Sakit Sendi

Petua, Merawat, Sakit Sendi
Sakit Sendi

Petua Merawat Sakit Sendi

Bagi yang menderita sakit sendi, ianya memang sesuatu yang menyiksakan. Selain bergantung kepada ubat tahan sakit semata-mata, anda juga boleh mencuba pelbagai alternatif lain untuk mengurangkan simptom sakit sendi ini. 

Antara rawatan sakit sendi yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

1. Sapu tempat yang sakit dengan minyak zaitun sekerap yang mungkin.

2. Rebus beberapa batang kaki kambing dengan air yang banyak sehingga bertukar menjadi jeli. Minum satu sudu setiap hari sejam sebelum makan apa-apa sekurang-kurangnya selama 40 hari.

3. Minum sup belut atau sup tulang (gear box); rebus dari 3 bahagian menjadi 1 bahagian sahaja lantas diminum. Makan sum-sum tulangnya.

4. Rendam kaki dan tangan dengan bahan berikut selama 7 hari:
     Air panas + secawan garam bukit selama sejam selepas Isyak.
     Air sejuk + secawan garam; seperti di atas- dibuat bergilir-gilir.

5. Berbekam

Sumber: Pusat Rawatan Islam Kiswah

Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

selawat, Nabi Muhammad
Contoh Selawat Pendek

Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).

Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda; “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.” 

Jenis-Jenis Selawat 

Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:

1) Selawat Ibrahimiyah.
2) Selawat Tafrijiyah.
3) Selawat Munjiyah
4) Selawat Ummi
5) Selawat Fatih
6) Selawat Syifa’.
7) Selawat Syafaat.
8) Selawat Badriyah
9) Selawat kebajikan.
10) Selawat menolak kecelakaan.
11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.

Kelebihan SELAWAT menurut hadis-hadis Rasulullah SAW:

1. Diampunkan dosa-dosanya
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Selawat kamu atasku itu menghapuskan dan menghilangkan dosa kamu seperti air memadamkan api."

Dari Zaid bin Rafi' Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa membaca selawat 100 kali untukku tiap-tiap hari Jumaat, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya biarpun dosanya itu sebanyak buih di laut."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa yang berselawat ke atasku pada tiap-tiap hari Jumaat 40 kali, dihapuskan oleh Allah SWT akan segala dosanya."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Membaca selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa daripada air dingin terhadap api dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak (hamba)."

2) Diterima amalan / yang paling utama
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Sesungguhnya orang yang paling utama di hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawatnya untukku."

3) Didoakan oleh Malaikat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku kerana mengagungkan aku, maka Allah Taala menciptakan dari selawat itu satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayap di timur, satu sayap dibarat, sedang dua kakinya di bawah bumi ke tujuh dan lehernya sampai ke Arasy dan Allah berfirman kepada Malaikat itu: "Bacalah selawat untuk hamba-Ku ini, sebagaimana dia telah membaca selawat Nabi-Ku Muhammad SAW, maka Malaikat itu pun membaca selawat (memohon kesejahteraan) untuknya (orang yang berselawat) sampai hari kiamat." 

4) Tidak dapat lihat pahala, jika tidak berselawat
Dari Said, Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Tiada satu kaum (kumpulan) duduk dalam satu majlis yang mereka itu tidak membaca selawat untuk Nabi SAW, kecuali akan mendapat kerugian, meskipun mereka masuk syurga namun mereka tidak akan dapat melihat pahala mereka."

5) Terselamat dari kejutan kiamat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa yang membaca selawat untukku 10 kali di waktu pagi dan 10 kali di waktu petang, maka Allah mengamankannya dari kejutan yang maha besar pada hari kiamat dan adalah dia bersama-sama dengan para nabi dan para siddiqin di dalam syurga."

6) Bersama Rasulullah SAW di dalam syurga
Dari Anas r.a., sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa cinta kepada sunnahku maka sesungguhnya dia cinta kepadaku, dan barangsiapa cinta kepadaku maka dia bersamaku di dalam syurga."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa cinta kepada sesuatu, maka dia banyak menyebut-nyebutnya."

Dari Ibnu Abbas, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa berpegang pada sunnahku pada masa rosaknya umatku, maka baginya pahala 100 orang mati syahid."

7) Ikan berselawat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Malaikat Jibril telah berkata kepadaku: "Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan sebuah laut di balik Gunung Qaf dan dilaut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untuk kamu, maka barangsiapa yang mengambil seekor ikan dari laut itu, maka lumpuhlah kedua tangannya dan ikannya pun akan menjadi batu."

8) Dapat syafaat Rasulullah
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Brangsiapa yang membaca selawat yang ertinya : "Ya Allah! Limpahkanlah selawat untuk Nabi Muhammad dan tempatkanlah dia pada tempat yang dekat di sisi Engkau (pada hari kiamat): maka pasti syafaatku di hari kiamat."

9) Mendapat cahaya
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku 100 kali pada hari Jumaat, maka pada hari kiamat datang ia bersamanya suatu cahaya, sekiranya cahaya itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi mereka."

10) Sembahyang diterima
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Tiada sembahyang bagi orang yang tidak membaca selawat untukku."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa mengerjakan sembahyang dengan sungguh-sungguh tetapi tidak membaca selawat di dalam sembahyang itu untukku dan untuk keluargaku, maka sembahyangnya tidak diterima."

11) Terlepas dari sifat munafik
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa membaca selawat untukku sekali, maka Allah Taala memberikan kepadanya 10 selawat. Barangsiapa membaca selawat untukku 10 kali, maka Allah memberinya 100 kali selawat dan barangsiapa membaca selawat untukku 100 kali, maka Allah mencatat pada dua matanya dua kebebasan: Bebas dari sifat munafik dan bebas dari neraka, bahkan di hari kiamat Allah Taala memasukkannya ke dalam syurga bersama-sama dengan mereka yang mati syahid."

12) Tidak terpisah sehingga, diampunkan dosa
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Tiadalah dua orang Islam berjumpa kemudian berjabat tangan serta membaca selawat untukku, melainkan sesungguhnya keduanya tidak akan berpisah sehingga Allah mengampuni dosa-dosa mereka, baik yang terdahulu mahupun yang kemudian dari sebab kemuliaan Allah Taala.

13) Rasulullah SAW tahu siapa yang berselawat
Dari Abu Hurairah dan Amar bin Yasir r.a., sabda Rasulullah SAW ertinya: "Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan satu malaikat dan telah memberinya kemampuan mendengar semua makhluk sedang ia selalu berdiri di atas kuburku sampai hari kiamat: maka tidak seorang dari umatku yang membaca selawat untukku, kecuali dia (malaikat) itu menyebutkan namanya dan nama ayahnya, serta berkata; Hai Muhammad! Sesungguhnya fulan bin fulan membaca selawat untukmu!"

14) Lupa jalan ke syurga jika tidak berselawat
Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa yang lupa membaca untukku maka dia lupa jalannya ke syurga."

15) Masuk neraka jika tidak berselawat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa yang disebutkan namaku di hadapannya dan dia tidak membaca selawat untukku, maka dia masuk neraka."

16) Tidak akan fakir
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku tiap-tiap hari 500 kali, maka dia tidak akan fakir."

17) Menjadi Sinar
Dari Anas bin Malik ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Hiasilah tempat-tempat pertemuanmu dengan membaca selawat untukku, kerana sesungguhnya selawatmu untukku itu menjadi sinar di hari kiamat."

18) Dapat ramai isteri
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa di antara kamu yang paling banyak selawatnya untukku, maka dia itulah yang paling ramai isterinya (bidadari) di syurga (kelak)."

19) Bercahaya di atas titian Mustaqim
Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Orang yang membaca selawat untukku baginya cahaya di atas Titian Mustaqim, mereka yang memiliki cahaya, maka dia tidak termasuk penghuni neraka."

20) Mendapat apa yang dihajati
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Sungguh Allah Taala itu mempunyai para malaikat yang selalu berjalan dimuka bumi serta menyampaikan salam dari umatku, maka apabila ada seorang yang membaca selawat untukku dalam 1hari 100 kali, maka Allah Taala mengkabulkan seratus hajatnya, 70 dari hajat itu untuk akhirat dan 30 lagi untuk dunia."

Wallahualam

Petua Awet Muda Cara Islam

petua Islam, Awet muda, petua awet muda, Islam
Petua Awet Muda Cara Islam

Petua Awet Muda Cara Islam

Kekal awet muda bukanlah bertujuan untuk menafikan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya menjadikan manusia semakin tua, yakni yang telah Allah tetapkan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara, menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Maha Pencipta.

Petua untuk kekal awet muda cara Islam

Berikut beberapa petua untuk kekal awet muda cara Islam. Semestinya mudah dan selamat.

Petua 1 : 
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : 
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : 
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. 

Petua 4 : 
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. 

Petua 5 : 
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian. 

Petua 6 : 
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. 

Petua 7 : 
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda. 

Petua 8 : 
Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. 

Petua 9: 
Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. 

Petua awet muda ini sekadar perkongsian yang boleh diamalkan. Insya-Allah dengan izin Nya ia berkesan untuk memberikan wajah berseri dan awet muda. 

Petua Membersihkan/ basuh Kerang

kerang, cockle
Gambar: Kerang/Cockle

Petua Membersih/basuh Kerang

Kerang memang sedap dimakan dengan pelbagai jenis masakan. Untuk membersihkannya sangat sukar kerana terdapat pasir pada kerang tersebut walaupun dibasuh berkali-kali. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba 2 petua di bawah ini.

Petua untuk membersihkannya:

Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan tos. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.

Petua mudah kopek kerang:

Semasa anda hendak rebus kerang tu campurkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan. Dengan cara ini, kulit kerang itu akan terbuka sedikit dan mudahlah anda mengopek dan mengeluarkan isi kerang tu.

Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...