PENAWAR KENCING MANIS MENURUT KAEDAH PERUBATAN ISLAM

Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, siaplah bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.

Jika sesiapa pernah membaca artikel kesihatan yang berkaitan penyakit ini, biasanya pesakit akan menjadi kurus, kulit jadi hitam, sel-sel mati dan akhirnya mungkin ada anggota yang terpaksa dibuang.

Berikut ialah penawar yang dikatakan amat berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA.

Bahan: 
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba

Caranya:
Ketuk 3 batang serai makan dan masuk ke dalam kelapa muda. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa. Letakkan kelapa di atas dapur/api. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum. Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

p/s Bagi pesakit darah tinggi dan sakit berkaitan jantung boleh gunakan kaedah sama.

Selamat mencuba.

Membuka saluran darah yg tersumbat di jantung

Sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut. 

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama. 

Bahan diperlukan: 

1 cawan jus lemon 
1 cawan jus halia 
1 cawan jus bawang putih 
1 cawan cuka epal 

Cara menyediakan: 

Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih. 

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insya-Allah rawatan ini akan berhasil.

Buah Mengkudu suburkan sperma

Khasiat mengkudu baik sekali untuk lelaki mau pun wanita. Buahnya memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki.

Walaupun begitu, anda boleh gunakan kedua-duanya sekali iaitu daun dan juga buah mengkudu untuk tujuan kesihatan. Namun begitu, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pihak MARDI mendapati buah mengkudu baik untuk dijadikan sebagai bahan perubatan herba. Terutamanya bagi kaum lelaki.

Ia dikatakan baik untuk kesuburan sperma, merawat kencing manis, darah tinggi serta buang angin dan cacing dalam perut.

Langkah yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan khasiat buah mengkudu adalah seperti berikut:

1. Ambil beberapa buah mengkudu yang sudah masak ranum.

2. Kemudian, bersihkan dahulu kesemua buah mengkudu tersebut.

3. Kisar buah mengkudu dengan sedikit air masak.

4. Tapiskan mengkudu yang telah dikisar. Sebab anda cuma perlukan jus atau airnya saja.

5. Campurkan jus mengkudu itu dengan bahan perasa lain seperti madu. Sebab, rasanya agak masam dan pedas kalau diminum begitu sahaja.

6. Minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan. Anda boleh meminumnya sekali dalam sehari.

Amalkan petua ini secara berterusan.

Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata

Di sini saya ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mengurangkan rabun mata. Semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun, saya tengok kawan2 saya ramai jugak yang rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. Jadi, saya tiba2 teringat ilmu yg ustaz saya ajar ni..

Jadi kawan2, masa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)

InsyaAllah, sentiasa amalkan, anda akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.

-Ustaz Don-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...