Petua: Daun senduduk sembuhkan luka

Petua/Remedy*:Daun senduduk sembuhkan luka
Kaedah/Method*:Caranya ialah dengan mengambil daun senduduk dan kunyahkan daun tersebut sehingga lumat. Kemudian tampalkan daun senduduk yang lumat tadi pada tempat yang luka. Selamat mencuba..
Daripada/From*:Badrol Hisyam

Petua: Menghentikan Pendarahan/ luka kecil

Petua/Remedy*:Menghentikan Pendarahan/ luka kecil
Kaedah/Method*:Cara untuk menyembuhkan luka yang kecil ialah dengan meletakkan kicap pada tempat yang luka dan ambil kepingan bawang merah utk balut luka tersebut. Insyaallah luka tersebut akan sembuh
Daripada/From*:Jefri

Guna Listerine Utk Halau Nyamuk

Kaedah ini jarang dipraktikkan tetapi terdapat artikel yang menyatakan isterine dapat menghalau nyamuk. Penggunaan listerine ini lebih efision dan lebih selamat berbanding dengan penggunaan alat penyembur nyamuk berjenama yang lain di pasaran. Caranya ialah dengan memasukkan listerine ke dalam bekas penyembur dan semburkan listerine tadi ke dalam bilik bernyamuk tadi selama 10 minit. Kemudian anda akan dapat melihat kesannya.

Selamat mencuba...
p/s: Tak de komisyen ker tolong promote listerine nih...

Halia atasi kembung

Ambil seketul halia bersaiz sederhana besar, bersihkan dan ditumbuk sedikit. Kemudian, masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih pada anggaran setengah gelas. Tutup permukaan gelas tersebut dengan piring selama 10 minit. Selepas itu, tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega.

Payudara kembali anjal

Ambil sebiji labu, kupas dan masak sehingga empuk. Setelah masak, biarkan seketika sehingga kurang panas dan kemudian ramas. Sapukan pada keseluruhan payudara. Biarkan selama kira-kira 20 minit sebelum dibilas. Amalkan sehingga nampak kesannya.

Credit to Pa & Ma

Petua Hilangkan Parut/Lubang Jerawat di Muka

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tampalkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Petua 8 : sebelum mandi, usapkanlah kulit pisang klutuk (batu) yang sudah matang pada kulit wajah. lalu biarkan selama 10 minit, seolah2 anda sedang dimasker. setelah itu bilas dengan air , dan baru mandi.

Petua 9 : Lumatkan sebiji pinang tua, campur dengan air mawar. gunakan sebagai bedak setiap hari. Jangan makan makanan yang pedas dan berlemak.

Petua Kurangkan Kentut

Caranya ialah apabila bangun pagi terus ke tandas buang air. Kemudian ambil segelas air dan bacakan Bismillah hirrahmanirrahimm dan Selawat/solawat atas Nabi 3 kali dengan syarat mulut jangan dikumur dulu. Kemudian minum air tersebut.

Kemudian berus gigi dan cuci lidah.. bila mencuci lidah beruskan hingga kita rasa nak muntah dan keluar air yang berasa masam/pahit, buat beberapa kali supaya keluar angin dari atas.

Jadikan amalan setiap hari, akan mengurangkan kentut separuh dari kebiasaan kalau satu hari 10 kali kentut akan jadi 5 kali kentut sahaja.

Selamat mencuba!

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit tangan, kaki dan mulut (hand, foot and mouth disease - HFMD) adalah penyakit jangkitan virus yang akut (keadaan penyakit yang menyerang dengan cepat, gejala teruk tetapi berlaku dalam masa singkat). Ia biasanya bermula dengan gejala lecur dalam mulut yang pecah. Lecur ini juga boleh berlaku pada tangan, kaki, punggung dan kemaluan.

Dalam kebanyakan kes, HFMD disebabkan virus coxsackie jenis 16 (CV16). Bagaimanapun, penyakit ini juga kerap dikaitkan dengan virus coxsackie lain seperti A5, A7, A9, A10, B2 dan B5. Di rantau Pasifik Barat, enterovirus 71 (EV-71) juga pernah menyebabkan letusan penyakit ini.

HFMD yang menyerang kanak-kanak berbeza dengan penyakit tangan, kaki dan mulut pada haiwan. HFMD biasanya berlaku pada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Yang membimbangkan ialah, penyakit ini mudah berjangkit dan merebak. Kebanyakan orang dewasa ada pengalaman mendapat penyakit ini. Selain menyebabkan ketidakselesaan, HFMD jarang menyebabkan komplikasi penyakit yang teruk atau kematian.

Jangkitan

Jangkitan berlaku dalam rantaian najis ke mulut atau melalui sentuhan kulit yang mengalami lesi (nampak seperti kudis) atau air liur individu yang dijangkiti.

Apabila dijangkiti, kumin virus (partikel halus dari virus) akan memasuki aliran darah (keadaan ini dipanggil viremia).

Ini diikuti serangan pada kulit dan membran mukus (lapisan lembap yang mengalas beberapa struktur dan rongga seperti saluran pernafasan dan sinus hidung). Dari sini lesi akan muncul di dalam mulut dan pada kulit sebelum merebak ke kawasan lain.

Komplikasi

HFMD yang disebabkan virus coxsackie adalah penyakit yang tidak berbahaya dan mengehadkan pergerakan seseorang.

Biasanya ia hilang dalam masa tujuh hingga 10 hari. Jarang berlaku HFMD yang berulang atau berpanjangan. Malah, kes HFMD yang menyebabkan komplikasi serius juga sangat jarang terjadi.

Individu yang diserang HFMD boleh mengalami beberapa ulser pada mulutnya. Keradangan pada ulser ini menyebabkan mulut sakit dan kanak-kanak biasanya enggan makan atau minum.

Masalah kekeringan atau tidak cukup air adalah komplikasi biasa pada pesakit yang mengalami HFMD.

Kadangkala seseorang itu boleh mengalami HFMD dan meningitis aseptik (meningitis steril pada selaput otak) serentak. Namun bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku.

HFMD yang disebabkan EV-71 mempunyai kadar insiden lebih tinggi yang membabitkan saraf, namun komplikasi kardiologi seperti keradangan otot jantung (miokarditis), keradangan paru-paru dan pulmonari edema (paru-paru bengkak atau mengandungi cecair yang menyebabkan susah bernafas) jarang berlaku.

Tanda dan Gejala

Gejala HFMD biasanya bermula 3 hingga 7 hari selepas mendapat jangkitan. Gejala ini boleh berakhir dalam tempoh tujuh hingga 10 hari dan pesakit biasanya tidak perlu dimasukkan ke hospital. Antara tanda dan gejala lazim ialah :

* Demam panas
* Sakit tekak
* Melepuh (kecil) di dalam mulut, tepi lidah, tapak tangan, jari, tapak kaki, punggung dan kemaluan. Ia tidak gatal, tidak seperti cacar air
* Hilang selera makan
* Berasa letih dan lesu

Pada permulaan, tanda lepuh ini terdapat di dalam mulut (di bahagian pipi), lidah dan lelangit. Tanda ini akan membesar dengan cepat menjadi gelembung berisi cecair.

Lebih kurang 75% pesakit HFMD akan mengalami gejala ini diikuti demam panas selama 24 hingga 48 jam.

Bagaimana HFMD Merebak?

Cara utama virus coxsackie merebak ialah melalui sentuhan cecair dari tempat yang melepuh dan cecair hidung, mulut atau dada (tersebar apabila pesakit batuk atau bersin). Virus ini boleh ada di dalam usus selama beberapa minggu selepas seseorang dijangkiti dan keluar bersama najis.

Cara terbaik untuk mengelak penyakit ini ialah :

+ Mencuci tangan dengan bersih selepas menyentuh cecair badan daripada pesakit

+ Tidak berkongsi pinggan mangkuk, sudu garfu, cawan, tuala, berus gigi dan baju

+ Pesakit perlu berehat di rumah. Jangan benarkan anak anda ke sekolah, tadika, taman permainan atau pusat jagaan kanak-kanak hinggalah semua lepuh kering kerana kanak-kanak adalah agen penyebar penyakit paling cepat.

Diagnos dan Rawatan

HFMD mudah didiagnos melalui ciri klinikal seseorang pesakit tanpa memerlukan ujian makmal.

Oleh kerana HFMD disebabkan jangkitan virus, tiada rawatan khusus untuknya dan anda tidak perlu meminta doktor memberi antibiotik kerana ia tidak berkesan (antibiotik hanya untuk membunuh bakteria, bukan virus).

Bagaimanapun, pesakit akan diberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan di dalam mulutnya. Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan anak ialah :

* Beri anak minum, sedikit demi sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan masalah kekurangan air

* Biarkan lepuh kering sendiri, jangan dipecahkan

* Jika anak anda sakit kepala, tegang leher atau sakit belakang, bawa anak ke hospital. Ini kerana dalam sesetengah kes (walaupun sangat jarang berlaku), pesakit HFMD boleh mengalami keradangan otak (ensefalitis), meningitis atau polio

Ingatan!

+ HFMD sangat mudah merebak dan pesakit perlu berehat di rumah

+ HFMD bukan penyakit berbahaya sehingga meragut nyawa

+ Tiada rawatan khusus, vaksin atau penawar untuk HFMD

+ Jika anak anda alami gejala teruk (termasuk sakit kepala, tegang leher dan sakit belakang), segera bawa ke hospital

+ HFMD tidak memberi risiko kepada wanita mengandung atau anak dalam kandungan

Credit to Dr Syed Nazir Syed Kadir

Petua: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Petua/Remedy*:Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
Kaedah/Method*:Apakah Penyakit tangan, kaki dan mulut?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:

Demam
Sakit Tekak
Ulser pada tekak, mulut dan lidah
Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
Sakit kepala
Hilang selera makan

Komplikasi
Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala- gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
Daripada/From*:jue

Anak terkena chicken pox / demam campak

Beberapa info yang boleh dikongsikan disini mengenai demam campak :

1.Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
2.Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
3.Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
4.Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
5.Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
6.Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi

Antara cara merawat demam campak pula ialah :

•Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.

•Untuk rawatan kaedah tradisional
Petua 1
Boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem.
Petua 2
Selain daripada itu, anak yang kena demam campak juga boleh diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air). Insya-Allah demam campak akan beransur hilang.
Petua 3
Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).
Petua 4
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. (Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering).

Selamat mencuba!

**Elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

Petua merawat ruam bayi

Bahannya ialah bedak sejuk dan juga pucuk daun delima. Caranya ialah dengan mengambil daun pucuk delima yang lembut dan ramas-ramaskan sehingga hancur. Kemudian campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampur dengan air. Setelah sebati, campuran itu hendaklah disapu pada permukaan kulit yang terkena ruam tadi. Amalkan setiap hari sehingga ruam itu sembuh.

Halau nyamuk

Caranya ialah dengan menumbuk beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap. Selamat mencuba!

Terkena atau terpijak paku berkarat

Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api, apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari. Insyaallah baik. Selamat mencuba!

Menghilangkan karat besi pada pakaian

Petua 1

Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Petua 2

Untuk menghilangkan kesan karat lama atau baru pada pakaian, bersihkan pakaian terlebih dahulu. Sapu sedikit kapur pada kesan karat tersebut dan perahkan limau nipis keatasnya. Biarkan 30 minit dan bolehlah dibilas.

Petua mata bersinar

Sekiranya mata anda tidak bersinar seperti orang mengantuk, cubalah petua ini. -Basahkan kapas ke dalam air teh pekat sejuk, kemudian pejamkan mata anda dan letakkan kapas tersebut di mata beberapa ketika. Amalkan beberapa kali dalam seminggu nescaya mata anda akan sentiasa bersinar. Selamat mencuba!

Petua keluarkan angin dalam badan

Ambil 8 ulas bawang putih dan buang kulitnya. Sapukan pada pergelangan tangan dan kaki serta tapak kaki. Amalkan 2 minggu sekali untuk mengurangkan angin di dalam badan.

Petua: hilangkan rambut gugur..

Petua/Remedy*:hilangkan rambut gugur..
Kaedah/Method*:ambil 3 sudu besar serbuk teh dan letakkan ke dalam air yg sedang mendidih..kemudian, letak sedikit serbuk inai dan telur putih.. ramaskan kesemuanya sekali
Daripada/From*:eY_rA

Powered by EmailMeForm

PETUA SUPAYA GIGI DILIHAT LEBIH PUTIH

Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu campurkan dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasil yang anda perolehi ialah mendapat deretan gigi yang putih bagaikan mutiara. Selamat mencuba...

Petua Kecutkan Jerawat

Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 20-30 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu..Insya -Allah, jerawat pada wajah anda akan mengecut dan tampak jelita !!

Petua: Menghilangkan jerawat

Petua/Remedy*:Menghilangkan jerawat
Kaedah/Method*:Campur serbuk kayu manis dengan bedak sejuk.Sapu pada muka yang dinaiki jerawat setiap malam.INSYAALLAH hilang...
Daripada/From*:Nanako

Mengatasi masalah susah tidur

Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan.Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengantuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur.

Faraj berair dan berbau

Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.

Petua Ketatkan Faraj

Petua 1
Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

Petua 2
Rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...