Petua Hilangkan Bau Hangit Ketiak

Cara yang amat mudah dan murah. Anda hanya perlu sapukan sedikit sahaja kapur sirih di kedua-dua ketiak anda selepas mandi iaitu sebelum anda memakai bedak/deodoron. InsyaAllah berkesan untuk aktiviti seharian.Selamat mencuba..

Petua Memutihkan Kulit Muka

Ambil sebatang timun batang diparut isi dalamnya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang. Selamat mencuba

Petua Untuk Mendapat anak

Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan yang tak dapat anak setelah berkawin sekian lama....atau baru kahwin inginkan terus dapat cahayamata.
1- Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli( warna hitam ) setiap awal pagi bagi si suami.
2- Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yang telah berumahtangga
3- Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila pergi ke masjid, Insya-Allah bila diamalkan selalu ianya akan berhasil.

Cara Buat Senaman Batin :-
1- Duduk bersila badan tegak
2- Lepas itu luruskan kaki kanan kedepan.
3- Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan , tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam-dalam (slow )
4- Setelah nafas penuh didada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan ( jangan lepaskan nafas tahan selama 7 saat ) jika tidak mampu jangan paksa.
5- Ulangi perkara yang diatas dengan kaki kiri pula.
6- Buat 3 x atau 7 x setiap lepas sembahyang subuh Jika betul melakukannya peluh akan keluar walaupun hanya 3 x buat (maksudnya 3 x kanan dan 3 x kiri ).
Selamat mencuba.

Petua kecutkan jerawat

Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 20-30 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu..Insya -Allah, jerawat pada wajah anda akan mengecut dan tampak jelita !! Selamat mencuba.

Petua elak rambut beruban

Caranya ialah dengan mengambil segenggam biji betik (banyak pun tak apa) yg sudah masak. Kemudian jemur biji betik tersebut.Biji betik yg kering digoreng tanpa menggunakan minyak sampai hangus. Selepas itu, tumbuk sampai lumat sebelum dimasak dgn semangkuk santan pekat hingga menjadi minyak. Minyak inilah yg boleh digunakan sebagai minyak rambut seharian. Insya-Allah rambut anda akan lambat beruban. Selamat mencuba.

Petua Melebatkan Rambut Anak

Caranya ialah dengan mengambil seranting daun asin, seranting daun delima dan enam helai daun melur. Kesemua daun ini digiling kemudian campurkan bersama bedak sejuk dan air, lalu disapukan dikepala bayi. Sebaiknya selepas dicukur disapukan dengan ramuan ini. Disamping menyuburkan rambut, ianya juga menyejukkan kepala bayi. Selamat mencuba.

Petua Badan Langsing Selepas Bersalin

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, ambillah 5 cm halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk semua sampai lumat dan perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. Selamat mencuba.

Petua Mengecutkan Rahim

Wanita yang baru bersalin akan menghadapi masalah mengecutkan rahim atau saluran peranakan. Ada dengan cara bertungku, bersalai dan makan jamu. Satu lagi cara untuk menyembuhkan luka-luka pada saluran peranakan ialah dengan mengambil sebiji atau 2 biji manjakani, kemudian rendam di dalam air panas selama beberapa minit. Setelah manjakani itu agak lembut, maka tumbuk halus-halus dan gentel sebesar biji kacang kemudian di telan. Amalkan pagi dan petang ataupun pada malam hari. Insya-Allah dengan izin Allah ianya pasti berkesan. Selamat mencuba.

Bengkak Kaki Sewaktu Hamil

Bagi ibu-ibu yang menghadapi bengkak kaki dan betis sewaktu mengandung, bolehlah mencuba petua ini. Caranya ialah dengan mencampurkan sedikit jadam dengan air, kemudian dimasak atau direbus sehingga jadam itu hancur dan pekat. Setelah itu sapukan pada kaki dan betis anda ketika jadam itu masih suam. Bacalah selawat tiga kali, sebaik-baiknya disapukan ketika hendak tidur. Insya-Allah dengan izinnya bengkak kaki anda akan berkurang. Selamat mencuba.

Petua Merawat Kulit Berkedut

Caranya ialah dengan memarut sebiji lobak merah yang telah dibersihkan. Kemudian campur bersama dgn tepung jagung dan sebiji kuning telur dan gaulkan hingga sebati. Ambil campuran tadi dan sapukan dimuka serta tempat kulit yang berkedut. Amalkan setiap hari. InsyaAllah dengan izin Allah masalah kulit berkedut dapat diatasi. Selamat mencuba.

Petua Kekal Cantik

Caranya ialah dengan mengamalkan (membaca) surah Yusof setiap malam sebelum tidur dan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg dikisarkan. Air campuran ini elok diminum setiap hari. Selamat mencuba.

Kulit Tegang dan Tiada Jerawat (Sumbangan-Salina.Tq)

Rebus segenggam biji manjakani hingga menggelegak dan pekat dlm periuk tanah.apabila suam sapu pada muka dan tunggu hingga kering. Kemudian bilas. Amalkan selalu. InsyaAllah kulit akan menjadi tegang dan tiada jerawat. Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...